PEMBERITAHUAN :
SILA TULISKAN MAKLUM BALAS ANDA DI RUANGAN AHLI[+] DI BAWAH
30 Julai 2013

Jemaah Tabligh

7/30/2013 12:43:00 PG

Jemaah Tabligh telah mengadakan program dakwah di Surau Taman Sungai Abong Baru dari 27.7.2013 hingga 29.7.2013. Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, jurutera, guru, ahli pasukan Bomba, al-Hafiz, pelajar sekolah, pelajar universiti dan lain-lain. Mereka sebenarnya cuba merahsiakan kerjaya dan kepakaran masing-masing kerana mereka ingin menghilangkan rasa riak dan bangga diri. Mereka juga tidak pernah berbincang tentang fahaman politik masing-masing. Mereka juga tidak mahu menerima sebarang pemberian terutama sekali dalam bentuk wang. Aktiviti mereka ialah solat berjemaah, tazkirah, qiamullail, zikir, baca Al-Quran, mengajak orang ke surau, membersihkan surau, menjadi imam solat, melaungkan azan dan menjalin hubungan baik dengan qariah surau. Jemaah Tabligh adalah suatu pertubuhan yang besar bertaraf dunia.  Pusat Pergerakan Jemaah Tabligh di Malaysia ialah Masjid Sri Petaling. Jemaah Tabligh sudah mendapat pengiktirafan daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Pegawai perkhidmatan awam boleh dapat cuti bergaji jika melakukan aktiviti dakwah Jemaah Tabligh dengan kelulusan Jakim.

 
RUANGAN AHLI
Waktu Solat