PEMBERITAHUAN :
SILA TULISKAN MAKLUM BALAS ANDA DI RUANGAN AHLI[+] DI BAWAH
16 Julai 2014

Lawatan Jemaah Tabligh Ramadhan 1435H

7/16/2014 03:00:00 PTG
Seramai 12 orang ahli Jemaah Tabligh dari Masjid Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Surau Taman Sungai Abong Baru dari 16.7.2014 hingga 19.7.2014. Tuan Haji Siddiq Hossain yang berasal dari Sungai Petani, Kedah telah mengetuai Jemaah tersebut. Lawatan tersebut telah mengimarahkan surau ini dengan pelbagai aktiviti seperti: solat berjemaah, tazkirah, zikir, bacaan Al-Quran, bacaan kitab-kitab Hadis, perbincangan tentang kebesaran Allah dan solat-solat sunat. Jemaah tersebut juga membuat dakwah dari rumah ke rumah.


 
RUANGAN AHLI
Waktu Solat